Garam pertanian biasanya terdiri drpd Ferum Chloride (FeCl2), Calcium Chloride (CaCl2) & Magnesium Chloride (MgCl2).
Bila garam ini ditabur, ia akan terurai kepada unsur asalnya contoh CaCl2 -> Ca2+ dan Cl-. Kita semua maklum unsur seperti Calcium, Magnesium & Ferum adalah trace element yang akan diambil pokok untuk tumbesaran & penyelenggaraan.
Unsur Chloride juga trace element tetapi jumlah yang diperlukan sedikit. Jika pokok mengambil terlalu banyak Chloride, Chloride Toxicity berlaku di mana daun boleh menguning atau terbakar. Pokok tak boleh handle terlalu banyak Chloride sebab Cl- adalah ion bercas negatif.
Masalah garam pertanian ni adalah ia mempunyai kandungan Chloride yang terlalu tinggi untuk pokok jadi lama kelamaan boleh merosakkan kesihatan pokok.
No comments:
Post a Comment